- 26 markah [35 - 9 daripada Pemahaman Umum]Walaupun markahnya 26 sahaja dengan 8 -9 soalan daripada 3 bahagian, namun kalau anda peka dan tahu teknik untuk mendapatkan markah atau menjaga markah supaya tidak diambil @dipotong @didenda oleh pemeriksa, senang-senang sahaja anda akan mendapat markah penuh. Tak percaya? Ikut nasihat ini:
-Baca soalan dan jawab berdasarkan kehendak soalan. [mungkin anda akan kata, memanglah... tapi ketahuilah murid-murid sekalian, banyak pelajar yang tersilap kerana tidak menjawab soalan yang ditanyakan.]
-Jangan pula tak jawab soalan dan dibiarkan kosong. Sah 0 markah; dapat juga markah kan? Tapi kosonglah.
-Apabila menjawab soalan, pastikan anda menjawab soalan itu dengan lengkap. Tatabahasa mesti betul. Ejaan dan tanda baca mesti betul. Jangan nak cepat, tulis tu main tarik saja, sampai n jadi u dan sebagainya. Jangan pula buat ejaan seperti yang biasa dalam dunia siber atau sms. Nahas tu! [Nampak remeh kan? Tapi perkara ini semua sangat penting. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, percuma saja kita buang markah yang amat berharga]
-Soalan 1 biasanya akan bertanya tentang makna kata atau frasa atau maksud perenggan. Bagi makna kata atau frasa, berikan kata sinonim yang lain. Bagi puisi moden atau tradisional - apabila anda menjawab, sila gunakan bahasa prosa moden. Gunakan ayat anda sendiri. Jangan cedok bulat-bulat ayat pantun, seloka atau sajak itu. Berikan maksud mengikut pemahaman anda (sebagaimana yang anda telah pelajari). Begitu juga dengan prosa tradisional. Guna ayat sediri iaitu bahasa moden. (jangan pula guna bahasa sms - parah)
-Soalan kedua biasanya soalan kbkk. Jawaban bagi soalan ini hendaklah daripada calon sendiri @ pendapat calon. Sekiranya calon menuliskan isi-isi atau perkara-perkara yang yang ada dalam petikan, markah 0 akan diberikan. [tak jawab soalan- anda didenda]. Namun demikian, jawaban bagi soalan ini hendaklah berkaitan dengan topik, jangan suka-suka hati nak beri pendapat sendiri tetapi tak ada kaitan.
-Sekiranya soalan yang ditanyakan itu wajar atau tidak, anda harus bijak. Walaupun anda boleh memilih sama ada wajar atau tidak, tetapi anda haruslah bijak memilih yang mana lebih baik, yang sepatutnya, dan yang mudah untuk ditanda oleh pemeriksa atau yang pemeriksa selesa. (ini pendapat saya sahaja)
-Pastikan anda memberikan pendapat yang dihuraikan. Kalau boleh berikan beberapa pendapat. Tulis lebih tak apa asal tatabahasa terpelihara. Saya selalu bercakap kepada pelajar-pelajar saya bahawa kalau seseorang itu mahu mandapat A dalam BM, dia hendaklah rajin menulis, menulis dan menulis. Jangan lupa, serlahkan kematangan anda dalam huraian pendapat anda itu.
-Soalan ketiga biasanya berkaitan dengan unsur komsas. Dalam prosa tradisional, jarang ada soalan aspek komsas. Tahun ini tak tahulah.
-Aspek Komsas yang biasa ditanyakan ialah tema, persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan sebagainya sebagaimana yang anda telah pelajari. Kadang-kadang ada soalan begini:
-Jelaskan 2 nilai berdasarkan petikan dan dua nilai berdasarkan keseluruhan cerpen. Bagaimana nak jawab? Dua nilai daripada petikan ialah nilai kasih sayang dan tabah. Mama Zel amat menyayagi Zel dan memberikan hadiah sebuah komputer bersempena hari lahirnya. Mama Zel tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup sebagai ibu tunggal yang perlu mencari sara hidup sendiri manakala dua nilai daripada keseluruhan cerpen pula ialah nilai tekun dan nilai yakin diri. (kemudian berikan contoh kedua-dua nilai tersebut).
-Nampak macam panjang kan? Tapi tak apa, lebih baik bagi lebih daripada beri kurang. Objektif kita ialah untuk mendapatkan markah yang diperuntukkan itu.
-Jangan keliru antara nilai dan persolan kerana kadang-kadang ada nilai yang juga merupakan persoalan. yang pentingnya bagaimana anda menuliskan nilai itu sebagai persoalan. Contoh: kasih sayang ialah nilai, bagaimanakah kasih sayang menjadi persoalan? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan perkataan persoalan di hadapan kasih sayang >>> persoalan kasih sayang atau tambahkan perkataan lain contoh antara keluarga. Persoalan kasih sayang antara ibu dan anak dsb. Yang pentingnya, apabila anda menjawab soalan persoalan, jangan sesekali samakan persoalan dengan nilai kerana pemeriksa akan keliru untuk memberikan anda markah. Jangan kelirukan pemeriksa.
-Apa lagi ya? Oh ya, jangan seronok sangat menulis hingga anda mengabaikan masa. Rancang masa anda dengan baik dan jawab semua soalan. Saya doakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM khususnya dalam BM. Malam ini tidurlah dengan lena selepas berdoa semoga kerja keras anda selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang. Esok, bangun dengan segar dan penuh semangat dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak anda.
Tuesday, January 27, 2009
Pemahaman Komsas
Posted by YuVa-ThE[MoB] at 12:12 AM 0 comments
Tuesday, January 20, 2009
1.0 Definisi :
Kata homograf merujuk pada kata yang sama ejaan tetapi berlainan sebutan
2.0 Contoh-contoh kata homograf:
bela -
- menjaga / memelihara (kambing itu saya bela sejak kecil lagi)
- tuntut / membalas balik ( Maruah keluarga akan saya bela demi membersih kembali nama
keluarga yang tercemar kerana saya memang tidak bersalah)
sepak
- perbuatan tendang (dengan kaki)
- perbuatan tampar (dengan tangan)
rendang
- nama masakan
- pohon yang rimbun / lebat daunnya
semak
- memeriksa dengan teliti
- kawasan belukar
perang
- sengketa
- warna (rambut perang)
sela
- selang (sela kelas)
- sampuk
tekad
- azam / membuat keputusan muktamad untuk melakukan sesuatu
- menghasilkan bentuk dengan menggunakan acuan
selak
- kunci
- pengsan
- menyingkap (kain langsir itu saya selak…)
serak
- suara yang parau
- tidak tersusun / tertur
perah
- buah perah
- perbuatan memerah iaitu membuang air / pati daripada isinya (perah santan)
gelang
- nama sejenis pokok (digunakan untuk membuat arang kayu)
- barang kemas / hiasan wanita
reda
- semakin beransur / berkurangan
- dengan rela hati / ikhlas
Posted by YuVa-ThE[MoB] at 3:01 AM 0 comments
Labels: http://members.tripod.com/~nita_73/Kata_Homograf.html
Monday, January 19, 2009
Soalan (Novel): Percubaan 2008
Sabah
a) peristiwa saspens ( 1 novel) b) Bandingkan watak utama (2 novel)
SBPI
a) Dua Teknik plot b) satu Latar masa setiap novel
Kelantan
a) Peistiwa keperihatinan watak sampingan kepada watak utama
b) Bandingkan persoalan kepincangan masyarakatJohor a) Dua latar masa b) Peristiwa permulaan cerita yang menarik pembacaan
Kedah
a) Empat peristiwa kejutan
b) Sifat gigih kedua-dua watak utama
MRSM
a) Peristiwa keinsafan
b) satu Watak antagonis setiap novel
Daerah Petaling Perdana, Selangor D.E.
a) latar masa dan tempat b) Kaitan watak sampingan dengan watak utama dua novel
Terengganu
a) Pemerian - tiga bukti hakikat hidup bermasyarakat
b) Teknik plot – imbas kembali dua novel
Melaka
a) Dua nilai tanggungjawab
b) Bandingkan latar masyarakat dua novel
Pahang
a) Persoalan kepincangan dalam masyarakat
b) Latar masyarakat dua novel
Sepang
a) Persoalan kepincangan dalam masyarakat
b) Nilai kegigihan dua novel
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
a) imbas kembali dan imbas muka
b) Bandingkan nilai kemasyarakatan dua novel
Sarawak
a) Unsur saspens
b) Nilai kebiksanaan setiap watak utama dua novel
Negeri Sembilan
a) dua Latar masa dan peristiwa
b) Teknik suspend dua novel
Daerah Kelang Selangor
a) keinsafan kepada pembaca
b) tiga latar masa dan peristiwa
-diambil dari blog Kelas Bahasa Melayu Maya
Posted by YuVa-ThE[MoB] at 6:06 AM 0 comments
Dari manakah berasalnya Bahasa Melayu kita..??
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.[1] Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama.-diambil dari wikipedia
Posted by YuVa-ThE[MoB] at 6:00 AM 0 comments
Thursday, January 15, 2009
Tips SPM 2009
Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM telah pun berlalu. Ramai guru dan pelajar telah pun mengetahui dan menganalisis topik-topik yang ditanya dalam kertas penulisian karangan tersebut. Berdasarkan topik-topik penulisan karangan yang ditanya pada tahun 2008 ini, pelajar tingkatan 4 sudah boleh memberikan perhatian untuk topik-topik penulisan karangan untuk tahun 2009. Pada hemat saya, antara topik-topik penulisan karangan yang perlu diberikan perhatian untuk tahun 2009 seperti:
a. keracunan makanan.
b. kemalangan bas ekspress.
c. pembangunan koridor ekonomi.
d. kenaikan harga barangan pengguna.
e. pemakaian batik dalam kalangan kaki tangan awam.
f. lanjutan usia bersara.g. pemasangan litar tertutup.
h. latihan penggunaan senjata api di PLKN.
i. penggunaan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kereta.
j. usaha memperkasa bidang pertanian.Topik-topik yang yang dikemukakan ini adalah topik-topik yang berkisar pada tahun 2007 dan 2008. Bagaimanapun, perkara yang penting, pelajar mesti menguasai ilmu mengarang dan banyak membaca artikel-artikel yang baik kerana dengan ilmu mengarang dan pembacaan membolehkan pelajar menulis apa-apa sahaja topik untuk penulisan karangan.
Posted by YuVa-ThE[MoB] at 10:54 PM 0 comments