CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 9, 2009

Cara menjawab Soalan Pemahaman Komsas

Untuk menjawab soalan pemahaman komsas, sila kenalpasti kata tugas soalan dan jumlah markah untuk setiap soalan.

SPM 2006 (N) : Syair Pembunuhan Angreni.
Soalan 2d (iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam syair ini.

Kata tugas : Nyatakan.Anda hanya perlu menyenaraikan tiga nilai yang sesuai bagi syair di atas tanpa memberi huraian dan contoh yang sesuai.
Contoh jawaban :Tiga nilai murni yang terdapat dalam syair ini ialah nilai simpati, nilai berterus terang dan nilai ketaatan.

SPM 2006 (J) : Drama Jangan Bunuh Rama-RamaSoalan
2b (i) : Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada keseluruhan drama.

Kata tugas : Huraian anda perlu memberi satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan secara lengkap iaitu nyatakan nilai, huraikan nilai dan beri contoh daripada petikan. Begitu juga, anda perlu nyatakan satu nilai daripada drama keseluruhan, huraikan nilai tersebut dan beri satu contoh sesuai daripada teks drama tersebut.Contoh jawaban :Satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas ialah tolong-menolong. Nilai ini dipaparkan melalui watak Tuk Mah yang telah menjadi bidan untuk menyambut banyak anak yang dilahirkan ke dunia ini. Satu nilai kemanusiaan daripada keseluruhan drama ialah nilai penyayang. Dalam drama ini, Raja amat menyayangi permaisuri baginda dan sanggup memenuhi permintaannya untuk menangkap rama-rama untuknya.Anda perlu berhati-hati menjawab soalan yang meminta anda menghuraikan nilai, pengajaran, perwatakan mahupun persoalan jika soalan tersebut memperuntukkan 4 markah. Saya mencadangkan anda sentiasa memberi lebih jawaban untuk mempastikan anda mendapat markah penuh iaitu 4. Jika anda memberi dua nilai berserta huraian dan contoh yang tepat, anda akan memperoleh 4 markah dengan syarat ayat anda gramatis. Jika jawaban anda kurang tepat, misalnya contoh kepada nilai kedua didapati tidak tepat, maka anda cuma berhak memperoleh 2 markah sahaja. Jika ayat anda sebaliknya tidak gramatis, markah anda akan diberi 1 sahaja.

1. Sentiasa menjawab soalan pemahaman dengan ayat yang gramatis.
2. Jangan memberi jawaban dengan cara memberi isi penting sahaja ( bentuk poin ).
3. Sentiasa memberi jawaban yang lebih daripada diperlukan.